FOREX TV

MENGAPA "EXPERT ADVISOR" ATAU AUTO TRADING?

Sebagai pedagang matawang, 3 faktor yang perlu ada dalam diri seorang pedagang seperti yang telah dinyatakan:-

1. Kemahiran serta pengalaman
2. Pengurusan Kewangan
3. Emosi (kawalan)

Kebanyakan pedagang boleh atau  mudah memperolehi kemahiran dan pengetahuan dalam menganalisa pasaran nmelalui kursus-kursus yang di hadiri. Begitu juga melalui pembacaan buku-buku atau artikel-artikel yang banyak dipasaran termasuk melalui "online" baik secara percuma atau dengan bayaran. Pengalaman pula, boleh diperolehi apabila seseorang pedagang menjalankan aktiviti dagangan. Makin lama pedagang itu berdagang makin banyak pula pengalaman yang diperolehi. Kemahiran melalui pengetahuan yang ada serta pengalaman yang diperolehi hanya untuk membuat keputusan BELI atau JUAL sesuatu matawang. Keputusan ini dibuat selepas menganalisa sesuatu matawang dengan 2 kaedah iaitu samada melalui analisa asas atau analisa teknikal.
Begitu juga pengurusan kewangan, kebanyakkan pedagang akan memperolehi pengetahuan tentang pengurusan kewangan melalui kursus-kursus yang dihadiri, perbincangan atau melalui pembacaan yang juga terdapat di pasaran samada secara percuma atau berbayar. Pengetahuan tentang pengurusan kewangan akan dapat membantu pedagang menyusun strategi kewangan dalam dagangan dengan lebih efektif. Selain dari itu nilai risiko atau "risk reward" juga perlu diambilkira oleh seorang pedagang dalam mengurangkan risiko ketika berdagang.

Faktor emosi adalah perkara yang paling menarik untuk dibincangkan. Emosi merupakan FITRAH kejadian manusia. Apa jua latarbelakang seseorang individu tersebut emosi tetap berada dalam diri invidu tersebut. Persoalan emosi adalah persoalan dalaman. Sejak kita dilahirkan emosi telah berada dalam diri kita. Setuju bukan? Anda pasti setuju! Dan kita tidak dilahirkan dengan pengetahuan tentang menganalisa pasaran dan juga pengurusan kewangan, setuju? Anda pasti setuju! Ini membuktikan kemahiran, pengetahuan serta pengalaman dan juga pengurusan kewangan adalah faktor luaran. Tetapi emosi adalah faktor dalaman. Anda berupaya memperolehi faktor luaran untuk menjadi seorang pedagang. Sebaliknya tidak perlu memperolehi faktor dalaman kerana ianya sudah ada dalam diri. Tetapi persoalannya sejauh mana anda boleh atau berupaya mengawal emosi anda semasa berdagang?
Analisa 3 faktor melalui pembahagian otak

Kami tidak membicarakan tentang fungsi otak sepenuhnya dan panjang lebar sebab kami bukan pakar tentang anatomi atau organ otak. Tetapi kami akan mengutarakan kaitan otak dengan aktiviti pedagangan melalui pengetahuan dan pengalaman kami.

3 faktor yang dibincangkan tadi berada di dalam otak manusia. 2 faktor yang diketahui berada di otak kiri manusia dan 1 faktor di bahagian otak kanan manusia. 2 faktor yang berada di otak kiri manusia dibuktikan dengan fakta sains hanya bekerja untuk menganalisa. Otak disebelah kanan hanya membawa faktor emosi.    
Faktor emosi yang berada di otak kanan akan membuat penilaian berasaskan rasa. Dalam keadaan tertentu emosi akan mempengaruhi keputusan dagangan dari segi TAKUT dan TAMAK. 2 sikap ini akan selalu berada di dalam diri pedagang baik yang berpengalaman atau kurang pengalaman. 
Emosi yang tidak stabil yang dirangsang dari faktor luaran seperti masalah peribadi akan menjejaskan keputusan dagangan. Faktor emosi yang berada di otak kanan inilah yang selalu mempengaruhi pedagang. Semakin besar emosi seperti takut dan tamak tadi mempengaruhi diri anda, semakin tinggi keputusan yang kurang tepat dibuat.
Ini yang kami cuba sampaikan kepada anda. Dagangan matawang boleh menguntungkan sekiranya anda menguasai kemahiran dan juga pengetahuan yang cukup. Tetapi emosi tetap akan menguasai diri anda selagi anda bernama manusia!
Oleh itu kami dengan pengalaman yang ada, telah melaksanakan satu sistem AUTO TRADE atau dagangan menggunakan "Expert Advisor" atau juga robot untuk anda! Di mana emosi anda kami kurangkan! Pengetahuan dan kemahiran menganalisa dagangan kami muatkan dalam satu sistem yang telah kami sediakan yang mampu anda perolehi !!!!

About This Blog

PAUTAN BLOGGER

All information posted is believed to come from reliable sources. Sleeptrader.blogspot.com does not warrant the accuracy, correctness, or completeness of information available from its service and therefore will not be liable for any loss incurred. Sleeptrader.blogspot.com may make changes to the website, trading system or visitors page at its discretion at any time without prior notice to its visitors. Trading the foreign exchange on margin carries high level risks, and may not be suitable for all investors. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.

Penafian/Disclaimer

All information posted is believed to come from reliable sources. sleeptrader.blogspot.com does not warrant the accuracy, correctness, or completeness of information available from its service and therefore will not be liable for any loss incurred. sleeptrader.blogspot.com may make changes to the website, trading system or visitors page at its discretion at any time without prior notice to its visitors. Trading the foreign exchange on margin carries high level risks, and may not be suitable for all investors. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP