FOREX TV

MENGAPA FOREX?


Pengenalan Forex.

Forex singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $3.5 trillion sehari!!

Forex adalah pasaran 2 hala. Forex melibatkan transaksi di mana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang (currency pair) ini ditransaksikan melalui broker dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh GreatBritain Pound dengan US Dollar (GBP/USD). Pertukaran asing (foreign exchange atau forex) berlaku apabila suatu mata wang ditukar kepada mata wang lain. Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi aktiviti jual beli mata wang antara negara yang melibatkan pasaran mata wang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan 5 hari seminggu. FOREX  merupakan pasar terbesar dunia di mana ia melibatkan transaksi wang sebesar $2 trilion pada hari pasaran dibuka.

Matawang terbahagi kepada 2 iaitu Utama(major) dan Kecil (minor). Utama ialah mata wang paling kerap diperdagangkan iaitu USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD dan CAD. Kecil adalah mata wang selain mata wang utama iaitu NZD dan SGD yang turut diniagakan tetapi tidak secara besar-besaran. Matawang yang tidak berpasangan dengan USD akan dipanggil Cross Forex seperti  GreatBritain Pound Vs Japan Yen (GBP/JPY).

Di dalam pasaran pertukaran asing, mata wang diniagakan secara berpasangan. Ia diniagakan secara berpasangan kerana dalam perdagangan mesti ada beli dan jual. Permintan dan bekalan. Sebagai contoh pasangan matawang EUR/USD jika membeli pasangan ini bermakna kita membeli EUR (Euro) dan jual USD (dolar AS).

Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam masa beberapa hari. Akibat pergerakan yang cepat tersebut, tidak dinafikan forex juga berisiko tinggi untuk rugi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.

FOREX (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenali dengan urusniaga matawang dan ia juga dipanggil spot market atau pun FX merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia selama 24jam secara berterusan. Pertukaran matawang melibatkan lebih kurang 4000 bank dari seluruh dunia.

Menurut kajian BIS (Bank International for Settlement) yang dilakukan pada akhir tahun 2004, nilai transaksi pasaran tukaran matawang mencapai nilai lebih dari USD$1.4 Trillion setiap hari dan pada masa ini, transaksi harian telah mencapai 4 trillion US Dollar sehari.

Dengan demikian, peluang untuk melabur di perdagangan forex ini adalah sangat cerah sejak Forex dibuka kepada pelabur-pelabur kecil bermula tahun 1996.


Bagaimana Menentukan Hala Tuju Pasaran?
Pasaran tukaran mata wang asing ini ditentukan dengan 2 kaedah :-


1. Analisa Asas. Analisa asas adalah kajian dan analisa yang dibuat di atas portfolio asal matawang itu sendiri. Sebagai contoh Pound Sterling(British Pound) yang menjadi mata wang utama negara British, akan tertaluk pada polisi bank pusatnya, kadar inflasi, kadar pertumbuhan ekonomi dan juga iklim politik negara itu sendiri selain dari kestabilan ekonomi. Ukuran kekuatan matawang akan bergantung pada faktor asas yang disebutkan tadi. Berita ekonomi yang dikeluarkan oleh bank pusat, antara petunjuk yang diguna pakai oleh pedagang-pedagang matawang untuk membuat keputusan menjual atau membeli sesebuah matawang tersebut.

2. Analisa Teknikal. Analisa teknikal ini secara asasnya adalah analisa yang dibuat secara matematik. Data-data yang diambil untuk pengiraan kadar permintaan dan kadar bekalan (supply and demand) pada jangka masa tertentu, akan memberi pertunjuk arah pasaran. Data-data tersebut akan diformulasikan dengan berbagai kaedah matematik yang akan menjadi petunjuk(indicator) kepada para pedagang. Antara indicator yang popular digunakan seperti pergerakan harga  purata(moving average price), indeks kekuatan berkaitan (relative strength index) dan berbagai-bagai lagi. 


3 Perkara Asas  Yang Perlu Ada Sebagai Seorang Pedagang Matawang

1. Pengetahuan dan Pengalaman Menganalisa Pasaran

2. Pengurusan Kewangan

3. Kawalan Emosi
Dengan 3 perkara di atas, kami akan dedahkan faktor-faktor utama mengapa purata 95 dari 100 pedagang kecundang?

Perkara yang menjadi faktor kegagalan inilah yang kami lenyapkan untuk membentuk SISTEM yang kami laksanakan sebagai polisi kami!
Kami akan dedahkan secara terperinci sekiranya anda bersedia ingin mengetahui.

 Klik :-

MENGAPA "EXPERT ADVISOR"?     atau      DAFTAR

About This Blog

PAUTAN BLOGGER

All information posted is believed to come from reliable sources. Sleeptrader.blogspot.com does not warrant the accuracy, correctness, or completeness of information available from its service and therefore will not be liable for any loss incurred. Sleeptrader.blogspot.com may make changes to the website, trading system or visitors page at its discretion at any time without prior notice to its visitors. Trading the foreign exchange on margin carries high level risks, and may not be suitable for all investors. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.

Penafian/Disclaimer

All information posted is believed to come from reliable sources. sleeptrader.blogspot.com does not warrant the accuracy, correctness, or completeness of information available from its service and therefore will not be liable for any loss incurred. sleeptrader.blogspot.com may make changes to the website, trading system or visitors page at its discretion at any time without prior notice to its visitors. Trading the foreign exchange on margin carries high level risks, and may not be suitable for all investors. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP